Astro Awani |
Akta Pembaharuan Bandar (PSB) bertujuan memastikan pembangunan yang lebih terancang dan inklusif, dengan prinsip 'Tiada Siapa Ketinggalan', khususnya dalam melindungi hak pemilik hartanah yang terlibat. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menegaskan bahawa kerajaan akan berunding dengan pemilik hartanah, agensi pelaksana, dan pemaju untuk melindungi hak mereka. Saksikan wawancara bersama Sr Sulaiman Saheh, Pengarah Penyelidikan Rahim & Co International Sdn Bhd, mengenai impak dan potensi Akta ini.