Berita Harian |

Memandangkan sektor hartanah industri negara menyaksikan minat pasaran yang kian kukuh saban tahun, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akhir tahun lalu mengumumkan bahawa sistem penarafan bintang bagi taman perindustrian akan diperkenalkan tahun ini untuk memudah cara pelabur sektor industri membuat keputusan pelaburan dan lokasi di serata negara. Cadangan penubuhan penarafan berkenaan juga berhasrat untuk membantu dan mendorong taman-taman perindustrian ke arah mencapai tahap piawaian yang utuh, disamping menonjolkan taman yang mempunyai ciri-ciri yang tepat untuk pelaburan industri tertentu.