Menurut perangkaan Pasaran Harta Tanah Separuh Pertama 2024 yang baru diterbitkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), hartanah siap dibina tidak terjual atau overhang menunjukkan penurunan yang positif. Setakat enam bulan pertama tahun ini, jumlah lambakan hartanah kediaman turun sebanyak 13.9 peratus sejak setahun lalu ke 22,642 unit bernilai RM14.24 bilion. Lambakan hartanah apartmen servis bersama unit SOHO juga menunjukkan penurunan sebanyak 8.3 peratus berbanding pertengahan tahun 2023, ke paras 22,781 unit bernilai RM18.55 bilion. Walaupun demikian, jumlah keseluruhan lambakan hartanah di antara ketiga-tiga jenis terbabit, yang seakan berkaitan membabitkan pembeli premis untuk penggunaan kediaman, masih menjangkau 45,423 unit dengan nilai RM32.79 bilion.
BH |