Pada 13 Oktober 2023 lalu, Belanjawan 2024 diben tangkan di Parlimen dengan tema ‘Pembaharuan Ekono mi, Memperkasa Rakyat’ yang membabitkan peruntu kan RM393.8 bilion. Belanjawan MADANI kedua ini, bertujuan memartabatkan negara dan kedudukan ekonomi selepas melalui fasa pandemik yang mencabar dibelenggu oleh keadaan geopolitik yang masih berombak, turut merangkumi sektor hartanah.
Walaupun pasaran hartanah dilihat lebih aktif tahun lalu, momentum pertumbuhannya masih belum pulih sepenuhnya untuk mengharungi persekitaran ekonomi tidak menentu dewasa ini. Cabaran yang dihadapi sektor har tanah dengan isu lebihan bekalan atau ‘overhang’, peningkatan kos pembi naan dan isu kemampumilikan masih memerlukan sokongan kerajaan untuk mengembalikan keyakinan pasaran selain pelabur domestik dan antara bangsa.