Berita Harian |
Saat tirai 2024 hampir tertutup, kita kini berada di ambang 2025 yang membawa pelbagai harapan dan aspirasi menjelang tahun baharu, termasuk bagi pembeli serta pelabur hartanah. Sektor hartanah Malaysia pada 2024 mencatatkan pertumbuhan positif, tetapi sentimen pasaran adalah bercampur-campur dalam kalangan pembeli yang menghadapi cabaran kos sara hidup yang meningkat dan ketidaktentuan ekonomi global.