Berita Harian |

Cadangan Akta Pembaharuan Bandar (URA) terus menjadi topik perbincangan hangat di Malaysia, dengan pelbagai pihak menyuarakan pandangan berbeza mengenai kesannya terhadap pemilik hartanah dan komuniti bandar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menegaskan bahawa akta ini tidak akan mengakibatkan pengusiran paksa atau perubahan status tanah secara sewenang-wenangnya.

Beliau menjelaskan bahawa peru bahan terhadap ambang persetujuan bagi penjualan ‘en bloc’ bertujuan memudahkan rundingan antara pemilik hartanah dan pemaju, bukan untuk memaksa pemilik menjual hartanah mereka.