Sistem kuota bumiputera bagi sektor hartanah perlu diperhalusi supaya lebih relevan dalam memenuhi keperluan semasa serta memastikan keseimbangan antara keadaan pasaran dan golongan yang memerlukan sokongan.
Kuota bumiputera yang diperkenalkan secara formal dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada 1970an merujuk kepada polisi yang menetapkan peratusan tertentu daripada unit hartanah yang dibangunkan diperuntukkan khusus untuk pembeli bumiputera.
Pengarah Penyelidikan Rahim & Co International Sdn. Bhd., Sr. Sulaiman Akhmady Mohd. Saheh pula berpendapat, sehingga kini, keperluan kuota bumiputera itu kekal wujud di beberapa kawasan tertentu, namun terdapat laporan pemaju yang menyatakan jumlah hartanah yang tidak terjual tinggi termasuk membabitkan kuota bumiputera.
