Berita Harian |

Kuota dan diskaun bagi Bumiputera dalam sektor hartanah wajar disemak semula supaya lebih bersasar dan menepati keperluan semasa, sekali gus memastikan keseimbangan antara keadilan sosial dan dinamik pasaran.

Penilaian semula itu dilihat penting bagi mengelakkan lebihan hartanah tidak terjual, menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan pembeli yang benar-benar memerlukan serta memastikan dasar itu terus relevan dalam ekosistem ekonomi dan perumahan negara yang semakin berkembang.

Pengerusi Penganjur Persidangan Hartanah Malaysia Ke-17, Sulaiman Akhmady Mohd Saheh, berkata kuota Bumiputera adalah seiring dengan DEB yang bertujuan membantu komuniti atau segmen dalam masyarakat yang memerlukan sokongan.

Beliau berkata, keperluan itu masih wujud di beberapa kawasan tertentu pada masa ini, namun terdapat juga laporan daripada pemaju yang menyatakan jumlah hartanah yang tidak terjual adalah tinggi, termasuk membabitkan kuota Bumiputera.


Berita Harian Kuota, diskaun hartanah Bumiputera wajar disemak - Penganalisis