Berita Harian |
Pasaran hartanah tempatan dijangka mencatatkan pertumbuhan transaksi positif tahun ini, dengan potensi menyamai rekod tertinggi yang direkodkan pada 2011/2012 apabila melebihi 400,000 transaksi.
Pengarah Penyelidik Rahim & Co International, Sr Sulaiman Saheh, berkata momentum pasaran hartanah setakat sembilan bulan pertama 2024 menunjukkan prestasi memberangsangkan, dengan 311,211 transaksi bernilai RM162.96 bilion direkodkan, melebihi jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan pada 2011/2012.
