Berita Harian |
Memandangkan prestasi pasaran hartanah yang menunjukkan perkembangan berterusan sejak dua tahun lalu, minat dalam kalangan pembeli kembali cergas untuk mencari rumah idaman mereka.
Paras keinginan pembeli secara amnya semakin meningkat walaupun ada yang musykil dengan keadaan pasaran, terutamanya dengan keadaan global yang masih tidak menentu dijerati harga rumah yang masih tinggi berbanding dengan kadar pendapatan.
Dalam pencarian oleh bakal-bakal pembeli ini, terutamanya bagi pembeli rumah pertama, adalah wajar untuk diingatkan bahawa pembelian sebuah rumah adalah satu keputusan yang besar dan memerlukan pertimbangan yang teliti.